Wednesday, November 23, 2011

Owh!!!




Dah lama tak ke mari ... nampaknya rancangan tahun ini tak berapa lancar ... mungkin boleh diperbetulkan di mana-mana pada tahun hadapan ...

InsyaALLAH

memandangkan cuti sekolah pun dah bermula ... mungkin boleh gunakan masa yang ada untuk buat senarai perrancangan tahun hadapan ...

memandangkan juga DG itu telah bertukar sepertimana yang diharapkan ... mungkin telah tiba masa untuk meneruskan rancangan yang telah dirancang ....

haishhh ... banyak sangat "mungkin" ... tak bagus untuk kesihatan ... buat saja ... dan lihat hasilnya.

Owh ... mungkin boleh mulakan cuti ini dengan "update" blog ini dengan cerita-cerita yang belum dimasukkan ... so boleh nampak apa yang telah dibuat secara sedar atau tidak sedar selama beberapa tahun ini ...

and ... "mungkin" lagi ...

Thursday, September 29, 2011

Uji Minda

saya dah lama tak update blog saya, sebab kekangan waktu antara tugas harian dannn .... terjebak dengan games di facebook semula :)

setiap hari asyik mengadap buku pun bosan juga kan ... so apa kata kalau sesekali kita main uji minda ...



soalan yang sangat mudah seperti di atas (mudah untuk saya). dan mari kita lihat apa hasilnya ... :)



Thursday, June 9, 2011

hadoiiii


apa agaknya kaitan antara tingkat si Omar berjalan dengan roti canai? lapar sangat dah ya ... sampai tak bleh nak fikir jawapan dah ... huhuhu

Wednesday, May 25, 2011

book review

andai selama ini mereka didera untuk membaca, kali ini ... saya pula yang mendera diri sendiri

andai selama ini mereka didera untuk menulis ulasan tiap buku yang dibaca, kali ini ... saya pula yang mendera diri sendiri

andai selama ini saya dera mereka dengan berpuluh-puluh malah beratus-ratus buah buku ... kali ini ... saya pula yang mendera diri sendiri ...

sepertimana luahan hati seorang pelajar saya suatu masa dulu ...

"cikgu, cikgu selalu suruh kitorang baca buku ... kitorang dah dapat anugerah pembaca terbanyak bulanan ... tapi ... bila pulak cikgu nak dapat anugerah tu?"

"yelah cikgu ... mana aci cikgu suruh kami baca buku dan buat NILAM, tapi cikgu tak baca buku pun ..." sampuk temannya ...

maka teringatlah saya pada satu peribahasa lama, yang tiap kali saya sebutkan, maka mata pelajar-pelajar saya akan terbuntang ... :D

"kalau guru kencing berdiri, anak murid kencing berlari"
[segala tingkah laku guru akan ditiru oleh anak didiknya]




Monday, May 23, 2011

sabarrrr

orang selalu kata, "kalau nak buat kebajikan ... kena banyak sabar ... banyak yang sangat banyak"

"kenapa?" tanya saya ...

"yelah ... katakan tuhan nak uji sabar ko tu selama 2 tahun 1 hari sebelum tuhan beri balasan atas kesabaran kau tu ... tapi, baru 2 tahun kau dah hilang sabar ... sedangkan tuhan dah tetapkan 2 tahun 1 hari ... maka kau tak dapat apa-apa balasan yang tuhan dah janjikan lah ..."

"masih tak faham"

"macam ni ... contoh lah kan ... kau janji nak bagi murid-murid kau hadiah kalau mereka dapat baca buku sampai tahap gangsa ... ganga lebih kurang 75 buah buku kan ... ada sorang murid kau ni rajin baca buku ... tapi sampai 70 buah buku, dia stop ... so dia dapat tak hadiah yang kau janji nak bagi tu?"

"tak dapat la ... sebab tak sampai 75 lagi ..."

"so sama lah macam mana tuhan menguji kau ... " katanya sambil tersenyum ... dan berlalu pergi tinggalkan saya yang masih berfikir akan kebenaran kata-katanya ...

Sunday, May 22, 2011

Seorang lagi Amirul

saya tak sedar kewujudannya. saya tak pasti bila dia mula berada di situ. yang saya tahu, saya mula terpandang dia ada di situ bila tiap kali saya ajukan soalan, dia yang pertama akan mengangkat tangannya. hingga adakalanya saya bersuara, "dah tak ada orang lain ke? yang lain ni hantu ke? tunggul kayu ke?" dan dia hanya tersengih di situ, di tempat duduknya, di barisan paling belakang. dan kebiasaannya, jawapan yang diberikan betul, walau kadangkala perlu diperbetulkan sedikit, dia tak pernah serik. jadi, tak hairan kalau ada teman-teman sekelas memanggilnya "prof".

tiba saat yang ditunggu-tunggu .... PROGRAM NILAM. aisey, seperti mana murid-murid, maka begitu jugalah dengan sang guru. lemah lutut bila masuk bab nilam ni. ramai yang suka membaca tapi tak suka mencatatnya. maka, seperti biasa "upacara mendera" dijalankan. beberapa orang pelajar dipilih dalam kelas itu untuk "didera". termasuklah dia.

ada garis resah di wajahnya. mungkin stress yang mula menunjukkan diri. ye lah, mana nak tusyen lagi ... homework yang menimbun yang perlu dibereskan lagi ... dan bertambah pulak dengan "deraan".

saya bekalkan dia dengan buku-buku cerita yang saya beli sendiri (pinjam ... hilang kena ganti 10!!!). waktu itu di pusat sumber buku-bukunya agak membosankan (sangat bosan!!!)

awalnya, dia agak lambat untuk menghabiskan sebuah buku. dia ambil masa yang panjang. tak mengapalah, asalkan dia sanggup di dera. waktu itu, memang tinggal dia seorang yang saya dera. yang lain sudah angkat bendera putih.


tiba suatu hari, waktu itu saya sedang sibuk menanda buku di depan kelas. pelajar-pelajar telah diberikan tugasan untuk di siapkan pada waktu itu, dia ke depan dan bersuara,

"cikgu, cikgu beli buku ni kat mana? boleh tak kalau saya beli buku ni daripada cikgu?"

"kenapa?" tanya saya pendek.

"saya suka buku ni lah cikgu, ceritanya best"

"tak boleh ..." tanpa memandangnya, saya teruskan kerja menanda yang terbengkalai tadi.

tapi saya tahu, dia kecewa dengan jawapan saya..

pulang dari sekolah hari itu, saya singgah ke kedai buku, saya tanyakan buku itu pada Liza, dan Liza tunjukkan pada saya, tinggal 3 buah lagi.

esoknya, waktu di kelas, saya panggil dia. dan saya serahkan buku itu padanya. "hadiah untuk awak" ada senyum terukir di wajahnya. saya tahu dia terkejut, tak sangka saya sanggup belikan buku itu untuk dia. ucapan terima kasih berkali-kali terucap dari bibirnya

sehari selepas itu, dia berjumpa saya, "cikgu, mak saya pun suka buku tu cikgu". saya tersenyum.

terima ALLAH, kerana menggerakkan saya untuk membeli buku-buku seperti itu. terima kasih ALLAH, kerana mengilhamkan pada puan Ainon (PTS.COM.MY) untuk menerbitkan buku-buku alaf baru untuk remaja. jalan cerita yang lebih menarik dan terkini. terima kasih ALLAH, kerana menemukan saya dengan Liza, staff di MPH yang mempromosikan buku itu untuk saya. hingga kini, kami masih rapat. kalau ada buku-buku pts yang baru, dia akan hubungi saya ... dia tahu ... saya akan memborongnya ... hingga adakalanya saya terpaksa membawa senarai pendek judul buku-buku yang hendak di beli (beli barang dapur pun tak sebegini).

sesuatu yang menarik tentang dia? ya dia istimewa ... hasil penderaan itu mula menampakkan diri, suatu hari. saya minta pelajar-pelajar saya di kelas itu menulis karangan. saya lupa tajuknya. tapi itu karangan jenis cerita ... yang mana akhirnya lebih kurang begini ...

" .... air mata kegembiraan mengalir dari wajah tua ibu. aku berjanji tidak akan menghampakan harapannya lagi"

bila buku karangan itu diserahkan kepada saya, saya dilanda kebosanan yang melampau, kenapa?

ya ... rata-rata pelajar menulis pendahuluan mereka begini,

"pada hujung minggu yang lalu .... " atau pun begini,

"pada hari sabtu yang lepas ..."

maka tulisan-tulisan mereka saya pandang sepintas lalu ... membaca pendahuluannya saya sudah dapat agak apa isi karangan tersebut.

tapi berlainan dengan yang satu ini ....

"jantungku berdegup kencang, peluh jantan menitik laju. aku resah, aku gelisah. mata tak dapat ku pejam .... "

tatkala membaca ayat-ayat itu terdetik di hati, "budak ni gila ke apa? aku suruh buat lain, dia buat lain" hati saya mulai panas. tanpa saya sedar, kegilaannya itu membuatkan saya rasa ingin terus membaca karangan tulisannya ... lagi ... dan lagi ... dan lagi ... ye lah, walau geram ... ada daya tarikan di situ.

rupa-rupanya ... dia menulis cerita tentang perasaannya saat bakal menerima keputusan PMR ... jalan cerita yang ringkas ... tapi pendahuluan si gila yang membuatkan sang guru terus ditarik dan ditarik untuk membaca tulisannya ...

bahasa dan penulisannya menunjukkan dia punya kosa kata yang luas ... kenapa? ya ... kerana dia banyak membaca ....

ya tuhan, akan adakah seorang lagi amirul yang boleh saya dera???







Ya ALLAH, berkatilah usaha kami

sedang "share" catatan sebelum ini di fb, masuk 1 respon daripada seorang teman,


".... banksoalan kita dah siap :).... dah boleh masuk utk mulakan deposit soalan hehe"

"... tolong register diri dulu di sini: banksoalan.kemudi.com " tambahnya lagi bila saya tanyakan tentang "projek" bank soalan itu.

tanpa mengambil masa yang lama ... butiran terus di daftar dan kini, segala macam soalan boleh dimuatkan dalam bank tersebut.

moga tuhan merahmati dan memberkati usaha ini. terima kasih Ya ALLAH atas ilham yang Kau turunkan.

yang mana satu

minggu peperiksaan kembali lagi. moga para pelajar dapat menjawab dengan betul dan tepat, bersedia daripada segi mental dan fizikal ...

dan untuk para guru ... pastikan soalan yang dikemukakan itu menepati dan tidak mendatangkan kekeliruan ...


andai ini yang berlaku ... yang mana satu pilihan kalbu??? sungguh keliru ...

diambil dari profile fb seorang teman, dengan izin

Saturday, May 14, 2011

Membentuk Kemahiran Membaca Kanak-Kanak


Kata orang bijak pandai, "Kunci untuk mendapat pengetahuan adalah daripada pembacaan dan penulisan."

Kepada kanak-kanak, keupayaan membaca dan menulis sejak dari usia tiga tahun merupakan satu kelebihan kepada diri sendiri dan kebanggaan kepada keluarga.

Minat membaca kanak-kanak ada kaitan rapat dengan keupayaan mereka berbahasa.

Secara umumnya, kanak-kanak boleh membaca dengan lancar akan suka pada buku seterusnya menjadikan aktiviti membaca sebagai satu hobi yang menarik.

Kanak-kanak patut diajar membaca ketika kecil lagi

Ketika berusia 18 bulan, kanak-kanak sudah boleh diperkenalkan kemahiran membaca secara beransur-ansur. Unsur utama yang perlu diberi penekanan ialah kesedaran umum mengenai bunyi-bunyi perkataan dan penggunaannya dalam situasi seharian.

Contohnya perkataan "mama" dan "papa".

Kedua-dua perkataan ini boleh ditulis dan diperkenalkan kepada kanak-kanak kerana kekerapan penggunaannya.

Apabila kanak-kanak meningkat usia 3 hingga 4 tahun, mereka sebenarnya berada dalam peringkat pembinaan bahasa yang pesat.

Menurut para pengkaji perkembangan kanak-kanak, perkembangan menyeluruh kanak-kanak ialah galakan untuk perkembangan fizikal, mental, emosi, sosial dan bahasa.

Period yang paling kritikal untuk memperkenalkan kemahiran membaca kepada kanak-kanak ialah 0 hingga 3 tahun. Ibu bapa atau guru yang bijak akan sensitif dengan perkembangan kanak-kanak pada masa ini kerana :

  • Umur 1 ½ hingga 3 tahun adalah peringkat yang paling sesuai untuk belajar dan mengingat maklumat. Kanak-kanak yang diberi kemahiran membaca pada peringkat usia ini akan menyerap jauh lebih banyak pengetahuan berbanding kanak-kanak yang tidak tahu membaca.
  • Semasa membaca, selalunya kita akan mengingat perkataan yang disebut serentak dengan perkataan yang bertulis. Begitulah juga kanak-kanak. Jika berusia 3 tahun dapat membaca, tentulah kemahiran membaca akan mempercepatkan proses pemahaman bahan bacaan yang dibacanya.
  • Kanak-kanak sangat lasak ketika berumur 2 hingga 3 tahun kerana mereka sangat dahagakan pengetahuan. Ibu bapa atau guru dapat mengesan perubahan ini dengan mengamati pertanyaan kanak-kanak seperti, "Ni apa?" atau "Apa tu?" Ujian menunjukkan kanak-kanak sejak dari umur 2 hingga 12 tahun bertanya sehingga 80 peratus daripada percakapan mereka. Apabila ke sekolah menengah, pertanyaan telah berkurangan sehingga 40 peratus.

Kanak-kanak belajar membaca ketika masih kecil biasanya lebih cepat bertindak dan lebih faham membaca berbanding kanak-kanak yang belajar membaca semasa di sekolah.

Sebabnya ialah kanak-kanak belajar membaca dengan senang hati dan memahaminya seperti mendengar orang bercakap manakala kanak-kanak di sekolah belajar membaca dengan perasaan takut dan membaca diajar sebagai mata pelajaran yang berasingan.

Masalah yang menghalang minat membaca kanak-kanak

Setiap ibu bapa dan guru sememangnya mengingini kanak-kanak yang dapat membaca dengan lancar dan cepat.

Bagi pelajar-pelajar di sekolah rendah, mereka tidak dapat memahami apa yang disampaikan oleh guru disebabkan salah satunya kerana lemah keupayaan membaca.

Antara masalah yang sering membantutkan proses pembahasaan dan pembacaan kanak-kanak dan para pelajar ialah :

  • Tidak dapat membezakan bentuk, kedudukan, nama, turutan abjad dan sebutan huruf yang dilihat.
  • Tidak dapat mengingat ciri dan atribut huruf.
  • Tidak dapat mengaitkan sebutan setiap abjad apabila diadunkan menjadi suku kata dan perkataan.
  • Pengamatan penglihatan yang bercelaru apabila melihat perkataan tersusun rapi.
  • Tidak dapat membezakan bunyi huruf dalam ejaan kerana abjad tidak berkaitan langsung dengan sebutan.
  • Keliru dengan huruf seperti b dengan d, g dengan j dan j dengan z.
  • Tidak dapat bezakan simbol-simbol huruf.
  • Tidak dapat menterjemahkan bahasa baku kepada bahasa loghat untuk mengetahui tujuan dan maksud.

Kesan tidak tahu membaca

Tidak tahu membaca akan memberi masalah. Bermula dari awal lagi, masalah ini berlarutan sehinggalah mereka dewasa.

Keadaan ini tentulah mempengaruhi keupayaan untuk bersaing dan berjaya dalam hidup.

Pengaruhi minat belajar. Kesan yang agak ketara ialah dari aspek psikologi seperti rasa rendah diri, kurang yakin dan cepat mengalah.

Kajian yang dijalankan oleh Universiti Yale menunjukkan kanak-kanak yang mempunyai kepercayaan diri yang terhad tidak dapat menyesuaikan diri dengan baik di sekolah rendah dan situasi-situasi yang baru.

Mereka juga sukar belajar menulis dan membaca berbanding dengan rakan-rakan sekelas yang lain.

Tidak mahu belajar. Bagi mata pelajaran yang sukar seperti sains dan matematik, mempelajarinya adalah suatu bebanan. Lama-kelamaan timbul rasa jemu dan terus tidak lagi minat untuk belajar.

Bukan sahaja sains dan matematik tetapi mungkin semua mata pelajaran.

Belajar dalam keadaan tertekan dan tidak khusyuk. Tanpa kata-kata pujian dan rangsangan, proses belajar akan berada di bawah tekanan dan hilang keseronokan.

Apa yang berlaku, kanak-kanak belajar kerana takut dan dipaksa bukannya kerana hendak belajar.

Kurang motivasi dan semangat berlumba-lumba.

Apabila tidak dapat membaca dan memahami perkataan, keinginan untuk membaca perkataan-perkataan seterusnya akan menurun dan mengurang.

Keadaan ini tentulah merugikan diri mereka sendiri dan ibu bapa terpaksalah memujuk supaya semangat dan minat untuk membaca dapat dipulihkan kembali.

Bagaimana kanak-kanak belajar membaca?

Pelbagai kaedah yang digunakan oleh kanak-kanak untuk mempelajari bahasa mengikut peringkat umur.

0 hingga 2 ½ tahun

  • mula mengetahui dan memahami bahasa yang dipertuturkan oleh ibu bapa ketika berusia 18 bulan.
  • belajar bahasa dengan mengumpul perkataan.
  • kaedah belajar ialah melalui rangsangan deria pendengaran secara langsung dan tidak langsung.
  • rangsangan membaca ialah memperkenalkan buku-buku yang mengandungi banyak gambar dan berwarna-warni.
  • kosa kata berkembang sehingga 270.

2 ½ hingga 4 ½ tahun

  • peringkat kritikal dalam proses belajar bahasa.
  • terbentuk satu unit bahasa dalam otak secara berasingan.
  • perkembangan bahasa akan membantu perkembangan mental dan sosial.
  • kanak-kanak belajar membaca dengan memperkenalkan huruf bersama gambar.
  • pada peringkat ini, kesediaan membaca masih belum terbentuk sepenuhnya dan ibu bapa harus bersabar semasa membimbing anak-anak mereka.
  • mampu mengingat sehingga 1500 kota kata.

4 ½ hingga 7 tahun

  • perkembangan otak memasuki fasa terakhir.
  • kanak-kanak sudah menunjukkan minat dan kesediaan membaca dengan mengenali banyak perkataan dan suka bertanya serta melihat gambar.
  • corak pengajaran ialah mendedahkan kepada persekitaran seperti membezakan bunyi-bunyi binatang atau kenderaan; cara ini dapat melatih kanak-kanak meningkatkan daya pendengaran mereka.
  • mampu mengingat sehingga melebihi 4500 kosa kata.

Walau bagaimana pun sesetengah kanak-kanak masih belum dapat membaca biarpun umur semakin meningkat.

Keadaan ini mungkin disebabkan mereka tidak memahami tahap-tahap pengajaran bahasa yang betul.

Membantu kanak-kanak membaca

Mengajar kanak-kanak berminat dengan membaca adalah sangat penting.

Terdapat beberapa panduan yang mudah bagi melaksanakan usaha anda.

  1. Jadikan membaca satu tabiat. Jemput kanak-kanak membaca dengan anda setiap hari. Bantu anak anda membaca dari kiri ke kanan dan memahami setiap perkataan yang dikatakannya, dari satu perkataan ke satu perkataan.
  2. Bacakan buku yang sukai kanak-kanak berkali-kali. Mereka akan mempelajari perkataan baru dan mengingat cerita yang mereka sukai. Seterusnya akan diceritakan kepada rakan-rakannya pula.
  3. Bacakan cerita dengan rentak perkataan yang berkaitan dan ulang beberapa kali.Contohnya perkataan "terkejut." Tunjukkan bagaimana mimik muka dan nada suara "terkejut" kepada anak anda. Tunjukkan perkataan demi perkataan sepanjang sesi membaca berkenaan.
  4. Bincangkan perkataan baru dan buatkan mereka bermain-main dengan perkataan itu. Contohnya: Rumah yang besar ini adalah istana. Siapa yang kamu fikir akan tinggal di istana?

Jika ada gambar, tanya apa yang dilihat dan kaitannya dengan cerita berkenaan.

Bacakan buku yang mempunyai pelbagai jenis cerita kanak-kanak seperti kisah sirah nabi, kamus bergambar, puisi dan buku-buku bermaklumat yang bersesuaian dengan tahap umur kanak-kanak.


http://www.iluvislam.com/keluarga/ibu-bapa/777-membentuk-kemahiran-membaca-kanak-kanak.html

Thursday, May 12, 2011

bolehkah???


"You have plenty of energy to tackle anything you want. You can easily make a lot of progress toward that goal of yours, no matter how hard it may have seemed even a few days ago."

bolehkah menjadi yang PERTAMA di situ? bolehkah menjadi yang PERTAMA kerananya?

di mana ada kemahuan, di situ ada jalan, berusahalah. insyaAllah, tuhan bersamamu.

Tuesday, May 10, 2011

Terjebak

semuanya bermula tanpa sedar, secara tidak sengaja. ketika baru bertukar ke situ, saya lihat di pusat sumber sekolah, terbiar sebuah basikal, tayarnya sudah pancit ... lalu saya yang memang suka menyibuk bertanya kepada guru pusat sumber ketika itu, puan hajah kamariah cerita mengenai basikal itu. mengapa dipamerkan di situ.

menurutnya, basikal itu adalah hadiah yang bakal diberikan kepada pelajar yang berjaya menjadi pembaca terbanyak sempena program nilam peringkat sekolah. "kenapa tayarnya pancit?" ujar saya lagi ... "sebab tak ada pelajar yang nak jadi pembaca terbanyak. mereka berminat membaca, tapi tak berminat mencatat dalam buku rekod nilam."

lalu saya mula berfikir-fikir apa yang boleh saya buat dengan keadaan itu. masuk ke kelas, saya bertanya kepada pelajar-pelajar saya siapa yang suka membaca. beberapa tangan di angkat. lalu saya cerita tentang basikal itu. dan sebagaimana yang diberitahu oleh puan hajah kamariah, mereka hanya minat membaca ... bukan mencatat ... SATU KERUGIAN ...

Saturday, April 30, 2011

Pening

saya kenal dia awal tahun ini, dia punya saudara kembar di 1 Yakin, sementara dia di 1 Jujur. Abang di kelas paling hadapan, adik di kelas paling belakang. Walau sejujurnya, kelas meraka tak punya kaitan kerana mereka dipisahkan oleh pilihan KH mereka ...

dia punya dunianya yang tersendiri, awal tahun, saya telah diberitahu yang dia penghidap AUTISME ... kebetulan hari itu ibunya hadir ke sekolah. maka saya tanyakan pada ibunya, mengapa tidak saja hantar dia ke sekolah khas untuk pelajar sepertinya ...

ibunya hanya tersenyum, "minta maaf cikgu, saya memang dah cadangkan begitu, tapi ayahnya yang mahu dia bersekolah di sekolah biasa ... supaya dia boleh bergaul dengan orang ramai, supaya dia tidak tersisih" si ibu masih menguntum senyum.

saya tidak yakin dengan harapan si ayah ... saya katakan lagi .. itu hanya akan membuang masa ... dia takkan dapat apa-apa ... namum ibunya ada memberitahu yang dia boleh mengira ... operasi mengira dapat dilakukan dengan baik kerana dia pernah dihantar ke kelas KUMON. saya anggukan kepala ...

sedikit pening untuk memulakan pengajaran untuknya ... kerana saya bukan dilatih menjadi guru untuk pelajar khas ... geram juga dengan ibu bapa yang tak faham pada situasi dan keadaan anak-anak mereka ... namun, saya tersilap kali ini ...

untuk kelas matematik, saya berikan dia soalan-soalan latihan yang agak mudah ... untuk melihat sejauh mana focusnya pada pelajaran. dia memang ada dunianya sendiri. kali pertama menyuruh dia memmbuat latihan matematik, dia marah kerana saya rampas buku lukisannya ... dia gemar melukis ... setiap hari melukis ... saya paksa dia buat latihan matematik yang diberi ...

"kalau Lan buat semua soalan tu ... nanti saya pulang balik buku Lan"
saya paksa dia ... dia terpaksa akur ... dengan pantas ... 25 soalan mudah tu berjaya disiapkan tak sampai 10 minit ... dan semua jawapannya betul ...

"Nak buku Lan balik!" tuturnya dengan tidak berapa lancar ...

untuk kelas Bahasa Malaysia, saya tambah pening, bagaimana mahu mengajarnya?

Coretan Teman

coretan dari seorang teman yang begitu terkesan dan buat saya berfikir .... di mana saya selama ini .... moga nawaitu tidak lari walau adakalanya sedikit tergelincir ...

"Barangsiapa mahu menjadi guru, biarkan dia memulai mengajar dirinya sendiri sebelum mengajar orang lain, dan biarkan dia mengajar dengan teladan sebelum mengajar dengan kata - kata.

Sebab mereka yang mengajar dirinya sendiri dengan memperbetulkan perbuatan-perbuatannya sendiri lebih berhak atas penghormatan dan kemuliaan daripada mereka yang hanya mengajar orang lain dan memperbetulkan perbuatan - perbuatan orang lain."


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...