dia punya dunianya yang tersendiri, awal tahun, saya telah diberitahu yang dia penghidap AUTISME ... kebetulan hari itu ibunya hadir ke sekolah. maka saya tanyakan pada ibunya, mengapa tidak saja hantar dia ke sekolah khas untuk pelajar sepertinya ...
ibunya hanya tersenyum, "minta maaf cikgu, saya memang dah cadangkan begitu, tapi ayahnya yang mahu dia bersekolah di sekolah biasa ... supaya dia boleh bergaul dengan orang ramai, supaya dia tidak tersisih" si ibu masih menguntum senyum.
saya tidak yakin dengan harapan si ayah ... saya katakan lagi .. itu hanya akan membuang masa ... dia takkan dapat apa-apa ... namum ibunya ada memberitahu yang dia boleh mengira ... operasi mengira dapat dilakukan dengan baik kerana dia pernah dihantar ke kelas KUMON. saya anggukan kepala ...
sedikit pening untuk memulakan pengajaran untuknya ... kerana saya bukan dilatih menjadi guru untuk pelajar khas ... geram juga dengan ibu bapa yang tak faham pada situasi dan keadaan anak-anak mereka ... namun, saya tersilap kali ini ...
untuk kelas matematik, saya berikan dia soalan-soalan latihan yang agak mudah ... untuk melihat sejauh mana focusnya pada pelajaran. dia memang ada dunianya sendiri. kali pertama menyuruh dia memmbuat latihan matematik, dia marah kerana saya rampas buku lukisannya ... dia gemar melukis ... setiap hari melukis ... saya paksa dia buat latihan matematik yang diberi ...
"kalau Lan buat semua soalan tu ... nanti saya pulang balik buku Lan"
saya paksa dia ... dia terpaksa akur ... dengan pantas ... 25 soalan mudah tu berjaya disiapkan tak sampai 10 minit ... dan semua jawapannya betul ...
"Nak buku Lan balik!" tuturnya dengan tidak berapa lancar ...
untuk kelas Bahasa Malaysia, saya tambah pening, bagaimana mahu mengajarnya?