menurutnya, basikal itu adalah hadiah yang bakal diberikan kepada pelajar yang berjaya menjadi pembaca terbanyak sempena program nilam peringkat sekolah. "kenapa tayarnya pancit?" ujar saya lagi ... "sebab tak ada pelajar yang nak jadi pembaca terbanyak. mereka berminat membaca, tapi tak berminat mencatat dalam buku rekod nilam."
lalu saya mula berfikir-fikir apa yang boleh saya buat dengan keadaan itu. masuk ke kelas, saya bertanya kepada pelajar-pelajar saya siapa yang suka membaca. beberapa tangan di angkat. lalu saya cerita tentang basikal itu. dan sebagaimana yang diberitahu oleh puan hajah kamariah, mereka hanya minat membaca ... bukan mencatat ... SATU KERUGIAN ...
kena tulis tangan ke buku tu? kalau boleh menaip rasanye boleh tambah sedikit minat nak menulis sebab menulis tu penat, homework dah banyk. nak tulis pulak pasal buku yg dibaca lagi penat. selalu dgr anak sedara cakap penatlah tulis karangan, bnyak ni nak kena tulis. dia kate kalau dpt taip guna komputer ni sekejap je siap. hahahaha...
ReplyDeletekena tulis tangan ... tu yang student malas nak buat ... tapi sebenarnya cuma tulis butiran ... lepas tu buat peta minda untuk sinopsis ... itu yang diorang malas ...
ReplyDelete